12 March 2012

lelaki tua yg gatal gilerr !

jam sudah menunjukkan pukul 4.45am, aku tersedar dr lamunan mimpi yg indah tp mengerikan. terdengar suara-suara kecil sedang gelak ketawa di ruang tamu. mungkin adik aku lahh tue, mengomel dalam hati aku. selang beberapa minit aku cuba utk melelapkan kembali mata tp agak payah kerana cahaya luar amat memberi kesan. lama juga utk kembali bermimpi tp akhirnya aku hayut kembali..


"kakak, bangun lahh. dh pukul berapa nie, kang lambat nk pergi keje", suara yg merdu tapi matang itu berjaya membangkitkan aku kembali dr lamunan terhenti. "kejap lahh mak, give me 5 minute ok!", aku hanya mampu membuka sebelah mata & melihat susuk tubuh itu hanya menggeleng sambil tersenyum. tangan aku terus mencapai phone yg berada di sebelah, tiada mesej masuk. huhh ! mengeluh.. tangan terus mencapai tuala, kedegang ! pintu bilik air aku hempas tanda sudah terlambat..

minyak wangi yg dihadiahkan padaku pd oktober lalu aku sembur sebanyak yg mungkin, aku capai beg tangan & menyarungkan kasut yg tersedia ada pd depan pintu. "ini mesti kes semalam aku tk bawak kasut letak dalam umah, kalau lahh kene curi, menangis tk berlagu aku!", aku berlari-lari anak sambil membetulkan tudung yg tersedia kemas itu.

"selamat pagi liza, best ke pergi melaka?" sapa wanita yg agak berumur sedikit dalam lingkungan 36 tahun itu. "hahaa, best lahh jugak.. tp badan sakit ckit lahh kak ramlah," aku membalas sambil menyuap kuih donut yg aku beli pagi td. "yekee best?", hasrul menyampuk. menyebok pulak mamat nie, menyampah pulak aku pagi-pagi buta dgr suara mamat gatal nie, bini kt sebelah tue dh ade, sebok menyendeng dgn org laen. lepuk kang !